PERATURAN GRAND PRIX




PERATURAN PERTANDINGAN GRAND PRIX SEPAKTAKRAW
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.         NAMA PERTANDINGAN
1.1       Pertandingan sepaktakraw antara REGU ini akan dikenali sebagai GRAND PRIX SEPAKTAKRAW KEMENTERIAN PENDIDIKAN  MALAYSIA .

2.         UNDANG – UNDANG PERMAINAN
2.1       Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang  ISTAF ( Gabungan Sepaktakraw Antarabangsa ), Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan peraturan Am Liga Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikuatkuasakan pada masa ini.
2.2      Perkara-Perkara Batal
2.2.1   Pihak Sepak Mula
2.2.1.1 Apit yang membuat campakan, memain-mainkan bola (menghempas,  mencampak dan lain - lain cara) selepas pengadil mengumumkan mata.
2.2.1.2  Mana - mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan, garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis.
2.2.1.3  Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.
2.2.1.4   Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak
kepadanya.
2.2.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan.
2.2.1.6   Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.
2.2.1.7   Bola tidak melepasi gelanggang lawan.
2.2.1.8  Pemain menggunakan tangan atau lain - lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya.
2.2.1.9 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat kali kedua.
2.3      Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.
2.3.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.
2.4      Kedua-dua Pihak Semasa Permainan
2.4.1  Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan.
2.4.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa 'follow-through'.
2.4.3  Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.
2.4.4  Bola menyentuh tangan.
2.4.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua - dua paha / kaki atau badan.
2.4.6   Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
2.4.7   Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.
2.4.8 Mana-mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.
2.5      Rehat (Time-Out)
2.5.1   Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat (time out) sekali untuk setiap set. Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam permainan. Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang semasa satu minit rehat. Tidak ada lagi rehat yang diberi secara automatik.
2.5.2   5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakaian kemas serta berlainan daripada pemain.
2.6      Pakaian
2.6.1  Semua jersi hendaklah mempunyai nombor di bahagian depan (10 cm) dan belakang (19 cm)
2.6.2   Setiap pemain hendaklah memakai nombor yang sama sepanjang kejohanan.
2.6.3  Hanya jersi bernombor 1 hingga 36 sahaja yang dibenarkan dalam kejohanan ini.
            2.7      Bola / alatan
                        10.1 Bola yang digunakan ialah :
     
GAJAH EMAS
311  bagi peringkat umur 11 tahun ke bawah.
511  bagi peringkat umur 14 dan 16 tahun ke bawah.
2.8      Spesifikasi Gelanggang
            2.8.1  Gelanggang
2.8.1.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari     
 sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan    
 lantai gelanggang. Lebar semua garisan gelanggang tidak    
 melebihi 0.04 m diukur ke dalam dari penjuru ukuran
 gelanggang.
                        2.8.2  Garisan Tengah
2.8.2.1  Garisan tengah selebar 0.02 m membahagikan gelanggang
              kepada dua bahagian yang sama besar.

2.8.3  Garisan Suku Bulatan
2.8.3.1  Garisan Suku Bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke   


             garisan tengah berukuran jejari 0.9 m.

2.8.4 Bulatan Sepak Mula
2.8.4.1 Bulatan Sepak Mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan di         
            tengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, di mana             
            hendaklah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang dan    
            3.05 m dari garisan tepi gelanggang. Garisan 0.04 m lebar
            ini hendaklah diukur dan digaris menghala keluar dan
            jejarinya 0.3 m.
2.8.5  Kawasan Bebas
2.8.5.1 Gelanggang hendaklah bebas daripada halangan sejauh
            3.0 m daripada tepi garisan.
            2.8.6 Tiang
2.8.6.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m (1.45 m untuk  Bawah  11   
            Tahun) diukur dari permukaan gelanggang dan ianya
            hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya
            tidak melebihi 0.04 m. Kedudukan tiang-tiang hendaklah
            didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan    
            garisan tengah gelanggang.
2.8.7 Jaring

2.8.7.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan
            siratnya berukuran diantara 0.06 m hingga 0.08 m.
2.8.7.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang
            daripada 6.10 m dan selari dengan garisan tengah
            gelanggang.
2.8.7.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai
            sempadan dari atas ke bawah dan kedudukannya sebaris
            menegak dengan garisan tepi.
2.7.8.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan
            pita 0.05 m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita
           berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras
           tiang.
2.7.8.5 Ketinggian jaring di bahagian tengah adalah 1.52 m untuk
            Lelaki ( Bawah 14 dan 16 tahun )  dan 1.42 m untuk bawah
           11 tahun manakala di bahagian tiang adalah 1.55 m ( Bawah
           14 dan 16 tahun )   untuk lelaki dan 1.45 m untuk bawah 11
            tahun.
2.9      Menarik diri / menyerah kalah
2.9.1  Regu yang mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan/regu tersebut sekiranya melanggar Peraturan ini.
2.9.2 Sekiranya ada regu menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh regu itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil oleh Jawatankuasa Tatatertib Grand prix Sepak takraw Kementerian Pendidikan Malaysia ke atas regu berkenaan.


2.10    Bantahan
2.10.1  Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus sahaja kepada juri rayuan.
2.10.2  Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) peserta atau sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka pasukan itu boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protes) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan1 jam selepas menerima bantahan rasmi.
2.10.3 Keputusan Juri Rayuan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan  akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

3.         JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan ini mengandungi pertandingan antara regu sahaja yang melibatkan kategori umur seperti berikut :
            3.1      1 regu  bawah 16 tahun
            3.2      1 regu bawah  14 tahun
            3.3      1 regu bawah  11 tahun

4.         PENYERTAAN
4.1      Semua Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) / Sekolah Sukan Negeri (SSN) / Sekolah Sukan Malaysia (SSM) diwajibkan menghantar pasukan ke kejohanan ini.

5.         PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN
5.1       Setiap Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) / Sekolah Sukan Negeri (SSN) / Sekolah Sukan Malaysia (SSM) hanya dibenarkan menghantar satu (1 ) regu  sahaja  bagi setiap  kategori.
5.2       Setiap Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) / Sekolah Sukan Negeri (SSN) / Sekolah Sukan Malaysia (SSM)  dibenarkan mendaftarkan seramai lapan (8) orang pemain bagi setiap  regu  yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut. Setiap sirkit akan di wakili oleh empat (4) pemain bagi setiap kategori.
5.3       Setiap Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) / Sekolah Sukan Negeri (SSN) / Sekolah Sukan Malaysia (SSM) hendaklah mendaftarkan terdiri  daripada:-
Pengurus Pasukan             1 orang
Jurulatih Pasukan               2 orang
Pemain                                12 orang / 8 orang (SSM)
Pengadil                                1 orang
_______
16 orang
=======
5.4       Setiap pemain WAJIB membawa kad akreditasi yang disediakan oleh pihak urus setia bagi semua kategori.
5.5       Pemeriksaan kad akreditasi akan disemak semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pengelolaan. Pengesahan penyertaan akan dibuat oleh Pengadil Rasmi Kejohanan sebelum pertandingan bermula.
5.6       Pendaftaran pemain perlu dibuat 2 minggu sebelum Sirkit 1 (satu) berlangsung.
5.7    Pertukaran/penambahan pemain hanya boleh dibuat selepas Sirkit Ke 2 dan 2 minggu sebelum Sirkit Ke 3.
5.8       Pertukaran hanya  berdasarkan sebab-sebab berikut:
5.8.1    Kecederaan – Disahkan oleh doktor.
5.8.2   Berpindah/berhenti/tindakan disiplin oleh sekolah – Disahkan 
oleh  Pengetua.
5.9       Pemain yang telah didaftarkan dan telah bermain di Sirkit 1 tidak dibenarkan mewakili pasukan lain sepanjang musim tahun semasa.

6.         HAD UMUR
6.1       Semua pemain mestilah berumur bawah 16 tahun  pada 1 Januari tahun semasa bagi regu bawah 16  tahun .
6.2       Semua pemain mestilah berumur bawah 14 tahun pada 1 Januari tahun semasa bagi regu bawah 14 tahun.
6.3       Semua pemain mestilah berumur bawah  11 tahun  pada 1 Januari tahun semasa bagi regu bawah 11 tahun.

7.         SISTEM PERTANDINGAN
7.1       Pertandingan  Grand Prix (GP) Sepaktakraw Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan dijalankan dalam lima ( 5 ) sirkit.
7.2       Semua pertandingan akan dijalankan mengikut kaedah peraturan AM Liga Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia.
7.3       Semua pertandingan ini  akan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri yang dipilih .
7.4       Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan / Jawatankuasa Teknikal bagi menentukan kumpulan regu masing – masing sewaktu mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.
7.5       Pertandingan di peringkat awal akan dijalankan secara Liga.

8.         MENENTUKAN KEPUTUSAN
8.1       Regu yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang pertama, manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan dikira sebagai pemenang kedua.
8.2       Regu yang menang akan mendapat 2 mata dan kalah 0 mata.
8.3       Sekiranya selesai semua perlawanan dalam kumpulan kiraan mata diperolehi sama oleh 2 regu atau lebih maka kedudukannya akan ditentukan mengikut tertib berikut :-
8.3.1   Kiraan perbezaan pusingan (Difference) daripada jumlah pusingan menang yang diperolehi oleh berkenaan.
8.3.2   Kiraan perbezaan angka – angka mata daripada jumlah yang diperolehi oleh regu berkenaan.
8.4       Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku maka kaedah berikut akan dilakukan.
8.4.1   Jika 2 regu  sahaja terlibat maka regu yang telah mengalahkan lawannya dikira menang.
8.4.2   Jika 2 atau lebih regu terlibat maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan 15 mata sahaja.
8.5       Setiap regu hendaklah bersanggupan bertanding lebih dari satu pelawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat 30 minit akan diberi antara perlawanan tersebut.
8.6       Mata akan diberikan kepada semua regu bagi setiap sirkit mengikut tahap pencapaian.
8.7       Johan, Naib johan, ketiga dan seterusnya hanya dapat ditentukan pada sirkit akhir setelah jumlah mata terkumpul dikira.

9.         SISTEM KIRAAN MATA / MASA PERMAINAN ( YANG BERKAITAN )
9.1       Sistem kiraan mata dua puluh satu (21) akan diguna pakai dalam kejohanan ini.
9.2       Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata dua puluh satu (21) dengan kelebihan minimum dua (2) mata. Bila terikat mata 20-20, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata dua puluh lima (25) (yang mana dahulu).
Apabila regu terikat mata 20-20, maka pengadil akan membuat pengumuman 'lanjutan mata 25'.
9.3       Setiap perlawanan dijalankan dalam 3 set (best of 3-set) dua minit rehat antaranya dan regu yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.
9.4       Dalam set ketiga, tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 11.

10.      PEGAWAI PERTANDINGAN DAN PEMBANTU TEKNIKAL
10.1    Semua pasukan dikehendaki membawa seorang (1) Pengadil yang bertauliah (KEBANGSAAN) dan bergilir-gilir bagi setiap sirkit.
10.2    Semua Penjaga Garisan yang akan bertugas mestilah daripada murid yang dilantik oleh JPN pengelola selaku tuan rumah.
10.3    Pegawai Teknikal dan Pembantu Teknikal yang akan bertugas akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
10.4    Segala keputusan yang telah dibuat oleh Pengadil berkaitan Undang-Undang Permainan adalah muktamad.

11.      JADUAL DAN TEMPAT PERTANDINGAN
11.1    Jadual dan takwim pertandingan tahun semasa disediakan Jawatankuasa Pengelola.
11.2    Jadual pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

12.      MEMULAKAN PERTANDINGAN / PERLAWANAN
12.1    Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan Pengadil.
12.2    Regu yang memenagi undian akan memulakan ’Warm-up” selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.
12.3    Perlawanan dikendalikan oleh seorang Pengadil (berada di salah satu hujung Jaring), seorang Pembantu Pengadil (berada bertentangan dengan Pengadil), seorang Pengadil Rasmi (berada di belakang Pengadil), seorang Pengadil Garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil. Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan di luar gelanggang.
Regu melakukan sepak mula (servis) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut. Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata. Pada mata dius (bila kedua-dua regu pada mata 20-20) servis akan bertukar pada setiap mata. Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set.
12.4    Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula hendaklah dilakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi oleh Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap batal.
12.5    Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing.
12.6    Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh ke dalam gelanggang pasukan lawan.

13.      PENGGANTIAN / PERTUKARAN PEMAIN
13.1    Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.
13.2    Pengurus/jurulatih hanya perlu menyerahkan kad Gantian pemain kepada pengadil untuk melakukan pertukaran pemain.  2 keping Kad Gantian  akan dibekalkan kepada setiap pengurus/jurulatih bagi setiap set semasa pertandingan.
13.2    Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan seorang (1) orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set. Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set. Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama (bagi acara regu sahaja). Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.
13.3    Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan, maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.
13.4    Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah.
13.5    Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

14.      HADIAH DAN PIALA
14.1    Piala Pusingan  bagi setiap kategori.
            (bawah 16, bawah 14 dan bawah 11).
14.2    Pingat-pingat akan disediakan  adalah seperti berikut:-

Bawah 16
EMAS
PERAK
KE-3
KE-4
8
8
8
8

Bawah 14
EMAS
PERAK
KE-3
KE-4
8
8
8
8

Bawah 11
EMAS
PERAK
KE-3
KE-4
8
8
8
8

15.      PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan peraturan-peraturan ini atau semua perkara –perkara perbezaan tafsiran akan diputuskan JKP yanag mana keputusannya adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment