PENGENALAN

Kejohanan Grand Prix Sepaktakraw Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan antara usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Kejohanan ini dijalankan sebanyak 5 Sirkit. Pengelola kejohanan ditentukan oleh pihak pengurusan sepaktakraw negeri bersama-sama dengan pihak KPM. Kejohanan ini mula dipertandingkan pada tahun 2011 dan telahpun menunjukkan satu perkembangan positif.
Pada tahun 2014, 5 negeri akan diamanahkan untuk mengelola pertandingan ini. Berikut adalah pengelola-pengelola mengikut sirkit :
                 a) Sirkit 1 : Terengganu ( DITANGGUHKAN )
                 b) Sirkit 2 : Pulau Pinang
                 c) Sirkit 3 : Selangor
                 d) Sirkit 4 : Kedah
                 e) Sirkit 5 : Pahang
3 kategori umur dipertandingkan iaitu Bawah 11 tahun, Bawah 14 Tahun dan Bawah 16 Tahun. Diharap dengan adanya kejohanan ini, ianya akan akan menghasilkan sesuatu yang baik demi Mengembalikan Kegemilangan Sukan Sepaktakraw di negara tercinta ini.

PENGUMUMAN : Pendaftaran telah ditutup pada 26 Mac 2014.

No comments:

Post a Comment